Showing posts with label bernafas balik. Show all posts
Showing posts with label bernafas balik. Show all posts

Monday, September 26, 2011

Kekuatan



Terima kasih tuhan kerana masih kurniakan aku satu kekuatan yang luar biasa. Aku hanya manusia biasa. Aku tahu tuhan takkan uji manusia kalau manusia itu tak mampu nak menghadapi. Dugaan yang datang itu sesuai dengan ketabahan manusia itu sendiri. Menangis??  Owhhh aku da puas menangis sampai kering air mata aku sendiri. Sampai mata berkata " Sudahla, sambung bulan depan boleh? Stok airmata bulan ini dah habis". Sakit ?? Jangan cakap soal sakit. Dah terlampau sakit. Sampai tak terluah dek kata-kata. Sedangkan aku sangat hebat berkata-kata, tapi bila cakap soal sakit. Aku diam.

Terima kasih yer kepada engkau dan engkau yang datang dalam hidup aku untuk menambah serabut dan sawang-sawang sial. Aku tak minta kau buat macam tu. Aku dah cuba halang kau buat macam tuh tapi kau yang beriya-iya nak lihat aku jatuh tersungkur. Ya aku dah pun jatuh tersungkur. Puas hati sekarang? Kau dah boleh tepuk tangan bangga atas usaha kau.

Aku ?? Bukan manusia bodoh dan bangang. Aku masih ada insan-insan yang aku sayang sekeliling aku. Aku takkan biarkan usaha bangsat kau itu merosakkan hidup aku. Cukuplah kau melihat dengan bangganya zaman kejatuhan aku. Sekarang kau lihat sekali lagi macam mana aku bangun. Bangun dari semua sial-sial yang kau cipta untuk musnahkan hidup aku. Aku masih ada sisa-sisa kekuatan yang membuatkan aku mampu berdiri balik.

Sebarkan cerita bangsat aku? Sebarkanlah. Sebarkan pada semua orang. Seramai yang mungkin. Semampu engkau untuk malukan aku. Sikit aku tak heran. Sikit aku tak peduli. Aku tetap kat sini. Kau ada apa? Sekurang-kurangnya aku hidup bedasarkan usaha aku sendiri bukan mengikis hak orang lain. Sikit aku tak susahkan hidup orang lain. Aku sanggup menangis. Aku sanggup bersusah. Aku sanggup menderita. Aku sanggup sengsara. Aku sanggup pedih. Asalkan aku mampu buat orang lain tersenyum gembira. Tapi kau?? Pergi beli cermin dan belajar macam mana nak cermin diri sendiri.

Aku da buang semua yang menjadi nanah dan kudis dalam hidup aku. Sikit aku tak pandang belakang. Aku bermula menjadi seseorang yang baru. Aku da kuat untuk semua ini. Harap kekuatan ini terus berada dekat dengan aku. Sampai bila-bila.

Kekuatan yang diharapkan kekal = Ezhan ~

Thursday, September 22, 2011

My breath






Duduk kat tepi sudut ?? Menangis tak henti2?? Oooo itu bukan aku lagi. Penat dah sampai hilang kudrat dan daya nak buat semua itu. Jatuh terduduk dan meniarap. Memang payah nak bangun balik. Berkali-kali aku hilang nafas. Jantung aku pun da nazak nak tolong aku. Kawan2? Terima kasih yang tak terhingga la. Sumpah kalau aku ada 10juta pun belum tentu mampu nak bayar semua orang.

Diamkan diri?? Ya memang aku diamkan diri. Bukan bermaksud aku tak kuat. Bukan bererti aku lembik, lemah nak menghadap semua dengan realiti penyudah cerita bangsat aku. Ya paling bangsat selama aku bernafas kat muka bumi ini. Tapi aku masih boleh ucap ""Alhamdulillah"" sebab Allah swt pilih aku untuk hadap semua celaka yang datang dalam hidup aku. Aku menghargai usaha kau nak hancurkan hidup aku.

Aku berdiri kat sini. Aku da mampu nak bercakap balik. Setelah dapat balik kekuatan dalam diri aku yang selama ini hilang. Hilang sebab terlalu penat menghadap celaka satu demi satu dalam hidup aku. Terima kasih. Aku da buang semuanya. Semua yang selama ni menjadi nanah dan kudis dalam hati aku. Aku da cukup kuat. Datang lahanat besar mana pun lepas ni. Aku mampu hadap.

Last sekali. Sumpah aku sayang dan cinta sepenuh hati pada kau EZHAN ~