Monday, September 26, 2011

Kekuatan



Terima kasih tuhan kerana masih kurniakan aku satu kekuatan yang luar biasa. Aku hanya manusia biasa. Aku tahu tuhan takkan uji manusia kalau manusia itu tak mampu nak menghadapi. Dugaan yang datang itu sesuai dengan ketabahan manusia itu sendiri. Menangis??  Owhhh aku da puas menangis sampai kering air mata aku sendiri. Sampai mata berkata " Sudahla, sambung bulan depan boleh? Stok airmata bulan ini dah habis". Sakit ?? Jangan cakap soal sakit. Dah terlampau sakit. Sampai tak terluah dek kata-kata. Sedangkan aku sangat hebat berkata-kata, tapi bila cakap soal sakit. Aku diam.

Terima kasih yer kepada engkau dan engkau yang datang dalam hidup aku untuk menambah serabut dan sawang-sawang sial. Aku tak minta kau buat macam tu. Aku dah cuba halang kau buat macam tuh tapi kau yang beriya-iya nak lihat aku jatuh tersungkur. Ya aku dah pun jatuh tersungkur. Puas hati sekarang? Kau dah boleh tepuk tangan bangga atas usaha kau.

Aku ?? Bukan manusia bodoh dan bangang. Aku masih ada insan-insan yang aku sayang sekeliling aku. Aku takkan biarkan usaha bangsat kau itu merosakkan hidup aku. Cukuplah kau melihat dengan bangganya zaman kejatuhan aku. Sekarang kau lihat sekali lagi macam mana aku bangun. Bangun dari semua sial-sial yang kau cipta untuk musnahkan hidup aku. Aku masih ada sisa-sisa kekuatan yang membuatkan aku mampu berdiri balik.

Sebarkan cerita bangsat aku? Sebarkanlah. Sebarkan pada semua orang. Seramai yang mungkin. Semampu engkau untuk malukan aku. Sikit aku tak heran. Sikit aku tak peduli. Aku tetap kat sini. Kau ada apa? Sekurang-kurangnya aku hidup bedasarkan usaha aku sendiri bukan mengikis hak orang lain. Sikit aku tak susahkan hidup orang lain. Aku sanggup menangis. Aku sanggup bersusah. Aku sanggup menderita. Aku sanggup sengsara. Aku sanggup pedih. Asalkan aku mampu buat orang lain tersenyum gembira. Tapi kau?? Pergi beli cermin dan belajar macam mana nak cermin diri sendiri.

Aku da buang semua yang menjadi nanah dan kudis dalam hidup aku. Sikit aku tak pandang belakang. Aku bermula menjadi seseorang yang baru. Aku da kuat untuk semua ini. Harap kekuatan ini terus berada dekat dengan aku. Sampai bila-bila.

Kekuatan yang diharapkan kekal = Ezhan ~

1 comment:

  1. Рекомендую=> индивидуалки PrivatNNover Terima kasih yer kepada engkau dan engkau yang datang dalam hidup aku untuk menambah serabut dan sawang-sawang sial. Aku tak minta kau buat macam tu. Aku dah cuba halang kau buat macam tuh tapi kau yang beriya-iya nak lihat aku jatuh tersungkur. Ya aku dah pun jatuh tersungkur. Puas hati sekarang? Kau dah boleh tepuk tangan bangga atas usaha kau.
    Проститутки стоят. Для тех джентльменов,которые предпочитают максимально стройных девочек! Я действительно миниатюрная,но тем не менее я очень страстная! Держать меня на руках это одно удовольствие! А совсем другое- наслаждаться тем , как я ублажаю твоё тело..Тебе же хочется испытать это все правда?Раз хочется,то нечего сидеть и разглядывать мои фото,если Вы в любой момент можете приехать к ОРИГИНАЛУ! Человек привыкает ко всему, поэтому у него так много дурных привычек.

    ReplyDelete